Wednesday, 8 April 2009

Festival Makanan Semenanjung 2009

Bila bercerita tentang makanan, pastinya kita tidak teragak-agak untuk membayangkan sesuatu yang mengenyangkan perut. Lagikan juadah yang dibayangkan itu pula merupakan lauk atau juadah kegemaran kita sendiri ataupun masakan 'killer' ibu kita mahupun orang yang tersayang.

14 buah negeri di seluruh Malaysia hampir semuanya mempunyai keunikan dalam menyediakan juadah negeri masing-masing. Negeri Sembilan sinonim dengan masak lemak cili apinya, Kelantan terkenal dengan Nasi Kerabunya, Nasi Dagang pula pasti dikaitkan dengan Negeri Terengganu dan Nasi Ambak???, tak lain mesti akan teringat Kampung Likas, kedai dekat selekoh.

Apa yang pasti, hujung minggu ini akan berlansung satu Festival Makanan Semenanjung & Sabah 2009. Hampir semua wakil tukang masak mewakili hampir seluruh tanah air akan beraksi dan memperagakan hasil masakan tradisional dan moden bagi mewakili negeri masing-masing.

Sila klik pada gambar untuk mendapat paparan yang lebih jelas

Hari Sabtu 11 April 2009, hari yang dipilih untuk pengunjung berkumpul beramai-ramai untuk berpeluang merasa pelbagai juadah dari segenap pelusuk tanah air. Festival akan bermula jam 8.30 pagi dan dijangka berakhir jam 3.30petang.

Marilah semua kita ramai-ramai basahi lidah kita dengan pelbagai rasa-rasa unik pada hari sabtu ini.



p/s: jangan sampai rosak lidah sudah le......

0 comments:

Post a Comment

 
Template by: Abdul Munir