Sunday, 12 April 2009

Siswazah dan peluang pekerjaan

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, banyak maklumat daripada sumber-sumber yang berbeza kerap mengeluarkan fakta tentang statistik pengangguran dalam negara. Hal ini memberi satu impak yang besar terhadap tahap bolehsaing para belia yang melanjutkan pengajian mereka di peringkat tertinggi.

Pastinya bila seseorang siswazah bila tamat sahaja pengajiannya di kampus, persoalan kerjaya akan senantiasa menghantui fikiran. Tidak terlepas para graduan dari jurusan pendidikan. Walau dilihat berada dalam kedudukan selamat namun kes pada tahun lepas menunjukkan bahawa para graduan dari kalangan guru pun ada yang menganggur.

Jika kita bandingkan dengan negara barat, pasti kita akan lihat perbezaan jauh dari segi sikap para graduan yang mana mereka tidak bergantung harap kepada mencari pekerjaan berbanding mengusahakannya sendiri ataupun sikap tidak putus asanya mereka dalam menceburi sesuatu bidang.

Pernah persoalan punca timbul dikalangan masyarakat samaada kelas bawahan ataupun pertengahan mahupun kelas atas. Mereka mengatakan mungkin disebabkan sistem pendidikan yang dilaksanakan di malaysia telah mendoktrinkan para belia untuk hanya menunggu dan mengharapkan sesuatu berbanding untuk mengusahakan sesuatu.

Tidak kira apa sekalipun puncanya, yang paling penting kini adalah bagaimana kita ingin menyelesaikan masalah tersebut jika ianya benar seperti yang dinyatakan. Berhadapan dengan musim kegawatan ekonomi yang semakin menjadi-jadi ini, maka pastinya akan lebih parah masalah pengangguran di dalam negara kita. Lain lagi golongan yang dibuang kerjanya secara 'hormat'.

wallahualam.

0 comments:

Post a Comment

 
Template by: Abdul Munir