Pertemuan yang di adakan selama 1 jam setengah itu banyak mencambahkan idea-idea baru dan bernas khususnya dalam bidang penulisan. Saudara Mutalib MD, penulis Sabahkini.net banyak memfokuskan kepada penulisan di blog-blog dan juga teknologi yang seharusnya dimanfaatkan oleh para penulis kini.

Beliau antara lainnya menggesa kepada para penulis supaya meningkatkan kemahiran ke atas penggunaan bahan-bahan eletronik selain daripada mahir untuk menulis. Ini kerana bahan-bahan eletronik inilah yang membantu untuk menguatkan hujah para penulis di zaman serba canggih ini.
Pertemuan berakhir dengan beberapa pendangan dan lontaran nasihat daripada Sdr. Mutalib kepada para penulis muda yang hadir dalam mejlis tersebut. Semua mengharapkan agar majlis-majlis ringkas seperti ini dapat dilaksanakan pada masa-masa yang akan datang.
0 comments:
Post a Comment